Followers

Tuesday, March 5, 2013

Pendarahan ketika hamil

Pendarahan sememangnya adalah salah satu kejadian yang agak menakutkan sewaktu kehamilan. Pendarahan ini boleh datang dengan berbagai-bagai bentuk, dari jumlah yang sangat kecil (bintik-bintik) hinggalah kepada pendarahan yang agak banyak, berbentuk gumpalan beserta dengan rasa senak di perut. 

Perdarahan semasa hamil bukan satu kebiasaan...
 Pendarahan pada awal kehamilan sebenarnya jarang berlaku, tetapi ia sering terjadi hampir pada 28% kehamilan. Dan separuh dari wanita yang mengalami pendarahan pada awal kehamilan, biasanya dapat meneruskan kehamilannya dan melahirkan bayi mereka dengan sihat.

Pendarahan dalam jumlah yang sangat sedikit / bintik-bintik pada awal kehamilan boleh jadi sesuatu yang normal, ia berlaku kerana proses implantasi embrio pada dinding rahim yang menyebabkan dinding rahim melepaskan sejumlah kecil darah, biasanya ia terjadi pada minggu ke 7-9 usia kehamilan dan hanya berlaku selama satu atau dua hari saja.

Kebanyakan wanita mengalami pendarahan berbintik kecil ini setelah melakukan hubungan seksual, atau mengangkat barang yang berat, ataupun kerana aktiviti yang berlebihan. Perkara ini berlaku kerana bahagian servik mengandungi lebih banyak pembuluh darah dan pembuluh darah melebar sewaktu kehamilan ini. Jika pendarahanini berlaku, berhenti seketika daripada melakukan aktiviti-aktiviti anda sehingga pendarahan kecil tersebut hilang.

Namun begitu, kadangkala, pendarahan kecil sewaktu trimester pertama kehamilan ini juga adalah merupakan tanda-tanda ancaman keguguran. Ada dua kemungkinan yang boleh dipertimbangkan apabila terjadi perdarahan pada trimester pertama kehamilan ini, iaitu Keguguran atau Kehamilan Ektopik.

Anda kemungkinan akan mengalami keguguran jika perdarahan menjadi semakain banyak (lebih dari 1 gelas), biasanya ia akan disertai dengan rasa sakit perut. Kadang-kadang juga, darah yang keluar disertai darah beku atau jaringan fetus. Manakala tanda-tanda untuk kehamilan ektopik adalah pendarahan vagina disertai rasa sakit perut dibahagian bawah pada satu sisi.

Walaupun, pendarahan kecil(spotting) pada trimester pertama kehamilan adalah perkara biasa (sering terjadi pada 30% kehamilan) tapi adalah lebih baik anda memaklumkan perkara tersebut kepada doktor anda.

Jika pendarahan semakin banyak banyak, senak perut yang kuat, sakit perut bagian bawah secara berterusan atau rasa seperti ingin demam atau badan rasa panas. Hubungi doktor anda dengan segera. Semua ini boleh menjadi tanda terjadinya ancaman keguguran atau komplikasi lain seperti kehamilan ektopik.

Apa doktor akan buat?

Biasanya doktar akan melakukan pemeriksaan Doppler untuk mendengarkan denyutan jantung janin dan USG. Untuk memastikan diagnosa. Jika anda masih risau dan bingung dengan pendarahan yang anda alami ini, ceritakan apa perasaan dan fikiran anda kepada doktor anda.

No comments:

Post a Comment